Rabu, 4 Mac 2015

Siangku di hospital malam kami diraikan

Permulaan tahun baru yang agak mengecewakan.
Dalam sibuk majlis perkahwinan 3 pengantin pakcik makcik mereka.
abang hazim tetiba demam panas saya pula sibuk bungkus door gift.

Malam tidur tuam badan lepas saya tidur ayah dia sambung jaga hazim.
Kebiasan mereka bangun tidur,ayah yg dicari dan akan tegur ayahhhh.
Kali ini hazim tetiba bangun separuh badan mata terbeliak semacam tiada lagi panggilan ayah terus terjatuh.
Badan mengigil mulut berbuih dan bibir biru.

Jikalau terjadi begini harus baringkan anak di permukaan rata sambil tuam@ jerlung dengan air dikepala.
Selepas beberapa minit anak akan jadi lemah dan tidur.

Cecepat kami bersiap terus ke hospital sg buloh bawa jugalah haziq lagipun tiada siapa mahu tengokkan.
Bila dalam keadaan begini kami selalu serba salah.
Di unit kecemasan amik darah dan ke unit pemerhatian selama 6jam.

kami tiada di majlis pernikahan adik-adik ipar.
Paling sedih nanny merekalah sebab sebelah malam majlis khatam al-quran dan majlis akikah kembar.
 Nasi goreng kampung hospital lazat betul sampai habislah.
Lapar gamaknya sebelum keluar suap meehon goreng ajo.
Sementara saya di unit pemerhatian apaknya bawa haziq tidur dalam kereta.
6jam mereka dalam kereta dari minyak penuh sampai berkeliplah.
Balik rumah takut pape terjadi pula walaupun tidak jauh mana.
Dalam masa sama hazim cirit-birit nasib baik sudah sediakan beg baju kemungkinan kena tahan wad berlaku seperti biasa.
Alhamdulillah selepas 6jam boleh keluar balik rumah.
Sampai rumah habis semua orang dia mengadu yg tangan kena cucuk jarum berdarah.

Lepas ini kami kena betul monitar jadual makan ubat hazim ini asyik culas jea.
Salah kami!





Memori 23hb Januari 2015/11pagi