Khamis, 5 Mac 2015

Reunion BFF Sekolah Menengah

WhatsApp applikasi wajib dalam telefon sekarang setiap antara kita mesti ada yeake tidak..hihi 
Penuh senarai group dalam telefon sekolah, BFF, masa belajar,perumahan, keluarga dan pelbagailah.
Ermm kekadang boleh melalaikan kejap-kejap tengok telefon kan kan..hihi
Sampaikan masuk tandas pun bawa telefon.haha

Kali ini perjumpaan BFF masa sekolah menengah tingkatan 1, 10 orang semuanya.
Rasanya sudah lama tak jumpa kalau jumpa masa kenduri kawin rakan lain tidak puas borak panjang.
Tapi kali ini puas hati boleh borak panjang.
Menu potluck, tema hitam merah dan hadiah seikhlas mungkin.
Tuan rumah sediakan nasi ayam terbaik sedapnya semua puji.
Excited potong kek nasib baik anak kecik lagi kalau tidak terkejut mereka melihat gelagat omak.
Paling kecoh masa ini memasing berebut pilihan nombor dan hadiah bertuah
Sekadar suka-suka.
Muka gembira puas hati dengan hadiah memasing.
Saya bawa adik haziq abg hazim ikut ayah.
Minggu lepas abg hazim dah ikut saya berjalan ikea.
Tapi haziq mengada lebih mahu dukung tak mahu bergaul dengan kawan.