Isnin, 7 Oktober 2013

Lihat tarikh tamat tempoh dulu sebelum minum kan dah terminum susu masam

Agaknya korang minum air selalui check tarikh tamat tempoh tak?
Ermm mesti tidak kan kan jarang sangat kalau ingatlah
kalau tidak main teguk jea
nak nak bila dah dahaga sangat
laju minum kadang senafaslah

Minggu lepas ke jualan murah Toysrus di the summit
Ermm xdelah menarik sangat biasa beria ajak cik abe
Tapi belilah juga xsampai rm50 pun habis buat tambah mainan si kembar

Setel beli mainan turun giant nak cari barang dapur
Lagipun makanan untuk kembar dah habis
Nak buat stok 

Susu kotak memang selalu dalam list barang dapur saya 
Mr Najib hanya minum susu berperisa
Ingat nak cuba produk farm fresh beria goncang sebab coklat dah mendap nak bagi sebati
Sekali MASAM baru minum sikit terus tengok date
Expired 2hari lepas ishhhh macam nie pun boleh

Mr Najib pi tukar sekali satu rak brand susu brand nie semua dah expired
Macam pekerja giant nie boleh terlepas pandang kalau sehari lewat 
Boleh diterima lagi tapi 2hari macam melampaulahkan


2 ulasan:

  1. bahaya betul kalau tak check kan..kita sebagai pembeli kena check takut jadi kes macam ni nanti anak anak minum lain pulak jadinya.

    BalasPadam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!