Isnin, 24 Januari 2011

Roti hangus tapi lembut dan gebu

Roti hangus sedap dimakan..h3h3 sejak kebelakangan ini saya memang rajin membuat roti dari buat kek..kalau buat roti boleh buat doh untuk pizza sekali..ermmm petang2 makan @ malas masak layan nie sahaja pun dah ok janji kenyang...h3h3 jom layan resipi percubaan pertama saya..h3h3

~ Hangus sebab bakar dalam pembakar ayam ~

Bahan-Bahan (1/2 dari resipi asal dari dapur Mat Gebu):
  • 200g tepung roti @ tepung protein @ tepung gandum
  • 50g hong kong @ tepung gandum
  • 125ml air
  • 25g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improvement (optional)
  • 90g gula perang @ gula halus
  • 50g mentega (cairkan tlbh dahulu)
  • 1/2 paket yis segera
  • 1/2 camca teh esen vanila

Cara-cara membuatnye :

  • Satukan semua bahan2 kering kedalam bekas kemudian masukan air.
  • Uli sehingga menjadi doh.
  • Masukan mentega sedikit demi sedikit.
  • Uli doh tersebut sehingga kenyal dan tidak melekat di jari anda.
  • Tumbuk2 doh tersebut untuk membuang angin.
  • Kemudian bulat2kan kecil dan masuk kedalam untuk membakar dan sapukan mentega sedikit.
  • Tutup doh tersebut dengan kain kering selama 1jam agar doh tersebuat naik 2kali ganda.
  • Panaskan pembakar dalam masa 10minit kemudian bakar selama 190C selama 15-20minit.
  • Setelah siap dimasak sapukan sedikit mentega di atas roti anda supaya nampak berkilat dan menarik dipandang.
  • Sejukan dan boleh dihidang bersama teh O panas @ sambal bilis pn sodapppp...

p/s : Selamat mencuba ;-)

2 ulasan:

  1. wah..nmpak cam best je...buat dtg umah mnggu ni besday umi...piza skali....tiqah

    BalasPadam
  2. insyallah,aku datang punya skali ngn piza aku bawa lor... ;-)

    BalasPadam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!