Memasak memerlukan kreativiti dan kena selalu berlatih untuk masak agar tidak mudah lupa jangan dekat nak kawin baru belajar memasak memang x lor...h3h3 Saya mengaku dekat2 nak kawin memang baru belajar masak itu pun jarang2 kerana sibuk dengan urusan persediaan perkahwinan tapi saya terus-terang beritahu pada Mr Najib sebelum kawin dulu setakat masak air boleh lor...h3h3
Sepanjang perkahwinan kami saya rasa Mr Najib masak lagi sedap dari saya terutama sambal beliau itu sememangnye saya gagal kerana saya bukan peminat fanatik cili.Dulu mula2 kawin selalu telefon umi @ cari resipi dalam internet kadang2 ym dengan BFF (meri) tanya menu untuk memasak pening memikirkan apa yang perlu dimasak dari hari ke hari..
Kini tidak lagi kerana saya telah memiliki Buku 1 hari 1 resipi 365hari memaparkan koleksi peribadi chef hanieliza dan beliau juga mempunyai blog tersendiri..Buku ini berharga RM39.90 setebal 367 mukasurat dalam mempunyai resipi terbahagi kepada ikan,ayam,kambing,makanan laut,telur dll.. Resipi2 yang dipamerkan adalah mudah dan bahan2 yang senang dicari untuk memasak kerana saya telah mencubanya sampaikan Mr Najib cakap kalau macam ini buku ini bukan untuk setahun dalam 6bulan saya dah habis masak semua resipi dalam buku tersebut...h3h3
~ Para isteri2 memasaklah dengan rasa cinta anda buat suami tersayang ~
