Rabu, 13 Mei 2015

Minum petang sempoi hujan-hujan ini

Musim hujan diwaktu petang sekarang ini
Haziq asal hujan sudah suruh tutup tv masuk bilik tidur
Mereka takut dengan bumyi guruh

Perut cepat lapar betul bila hujan begini
Mula fikir apa nak makan kalau waktu kerja dulu biskut petak jadi pilihan 
Biskut mayat @ biskut cap ping pong upgrade sikit  jacobs

Menu petang harini karipap frozen kebetulan jiran jual
Oh langkah kanan sungguh anak memang suka
Selalu nanny mereka supplier utama harapkan mama dorang kelim pun fail
Sedap karipap inti kentang dan ayam homemade pulak itu
Ditambah teh panas perghhhh layan sungguh
Teh segar mata kuyu hujan ingat bantal boleh jadi segar koo.
Makan karipap goreng sambil minum tea boleh kurus dan mengurangkan kolestrol.
Organik dan tiada kafein memang suka sangat.

Korang terliur karipap dan teh saya balik kerja kang jangan lupa cari yea...

ok babai mahu layan korea kejap