Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa dan mahu bermula dari mana
Rasa kecewa sesangat
Semalam ke hospital utk mendengar penjelasan Dr mengenai result hazim aka si abang
Result EEG tak normal jenis sawan yg beliau hidapi adalah Benign rolandic epilepsy dikenali sbgi epilepsi kanak-kanak. Ianya cenderung dihidapi oleh org golongan muda dewasa.
Rawatan sawan hazim setakat ini adalah masih meneruskan pengambilan ubat sawan epilim sehingga 1 @ 2 tahun akan dtg.
Sebelum balik Dr amik darah uji fungsi hati hazim alhamdulillah normal.
Jikalau dalam tempoh nie hazim tak sawan maka Dr akan berbincang balik samada kurangkan dos @ hentikan ubat.
Dr nasihat jgn tinggalkan anak berseorangan ketika mandi, berenang dan sentiasa awasi di khuatiri mati mengejut.
Habis mendengar mengenai sawan nexttttt UJIAN DARAH
kecewa lagi mereka berkemungkinan ada Thalassaemia
Papepun kena tunggu result DNA analysis dari HKL utk rawatan lanjut
Buat masa sekarang darah mereka di paras normal dan kami tidak perlu jalani ujian saringan
Balik hospital terus balik KL omak korang xde mood sgt Petang bawa mereka bermain sambil tok ayoh nekwan mereka jogging di tasik titiwangsa
Ohh gambar tue geram sgt steady mereka campak botol air dlm tasik sbb saya xmau refill air mereka duk main sembur
Nasib ada tok ayoh klu mama jea memang tak lah kan kan huhu
Kesiannyer beb anak kau sabar yea byk2..semoga semua berjalan lancar aku doakan
BalasPadamAllah...seriau kite baca..kuat okayh mama..
BalasPadamadik dia ok ke? mak dia sbr byk2 na. dugaan nih.semoga tabah
BalasPadamallah xakan uji hambaNya yang tidak berdaya..Insyaallah setiap yg berlaku ada hikmahnya..
BalasPadam