Dah 2hari saya tak masuk office sebab semalam kena pi amik darah kelmarin sakit pinggang dan tegang bahu xpayah nak cakap sampaikan tido pun sakit.
Bile cakap dengan bos kita sakit pinggang boleh gelak! dia ingat kite main-main sebenarnye dah 4hari tahan sebab nak siapkan subcon claim untuk CNY.
Apa boleh buat kita makan gaji layankan tengah tunggu green light nak resign ajo nie..ermm
Last follow-up dengan Dr Fairuz {SINI} jadi arinie kena amik darah. Harap keputusan tidak mengecewakan moga dipermudahkan segala urusan hendaknya..
Sebelum buat ujian darah kena puasa nasib ayah msg ingatkan kalau tidak memang terlupa habis.Saya buat 2 ujian darah berbeza satu dekat DEMC dan HKL.
Sebenarnya dekat DEMC untuk pengesahan penyakit cyst nie dan HKL untuk checkup tahunan apa yg saya ingat ianya akan cover 4 kanser , kolestrol, gula, BP dan macam2 lagi.
Kos ujian darah dekat DEMC RM50 tapi HKL free sebab ayah kerja sana sampai terus jupe pegawai kesihatan.
Keputusan ujian darah dekat DEMC amik masa dalam 3hari tapi HKL esok dah boleh tahu cepat dan pantas sekali.
Derma darah arinie DEMC amik darah saya lebih kurang 30ml tapi HKL hanya 10ml harap xlebam kedua lenggan nie.
~ Giliran Mr Najib time nie dekat HKL jarum besar sakit berbanding DEMC jarum kecil ~
~ DEMC vs HKL ~
takut jarum..
BalasPadam