Masih ingat entry {SINI} seminggu satu resipi.
Dimulai dengan membuat bluebery cheese tart giler suke makan tart nie ingat lagi time pregnant dulo pernah order {SINI} baik punya mengidam.
Resipi diambil dari akak azlita yang baik hati siap tunjuk gambar detail satu per satu lagi tau {SINI}..
Bahan-bahan untuk membuat kulit tart :
* 170gm butter
* 50gm gula aising
* 1 biji telur gred C
* 290gm tepung gandum
* 1 sudu kecil esen vanilla
* acuan tart
Cara-Cara :
* Pukul butter dan gula menggunakan sepatula atau senduk kayu, jangan putar lama sangat .Tapi saya guna mixer cepat alasan xde senduk kayu
* Masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
* Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
* Uli sehingga menjadi doh yang baik kemudian rehatkan doh dalam peti ais semalam dan jangan lupa tutup dengan plastik yea.
* Ambil sedikit adunan bulat-bulatkan agak macam duit 20sen kemudian tekan ke dalam acuan tart.
* Cucuk dengan garfu sebelum dibakar dengan suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga masak kekuningan sedikit.
Bahan-bahan untuk membuat cream cheese :
* 250gm cream cheese (philadehlphia@tartur nie yg saya pernah guna)
* 50gm gula aising
* 1 biji telur size B
* 1/2 sudu teh esen vanila / esen lemon
Cara-cara :
* Keluarkan cream cheese 20-20minit sebelum digunakan.
* Putar cream cheese dan gula sehingga berkrim. saya guna mixer aje
* Masukan telur dan esen vanila kemudian putar lagi
* Masukkan filling kesukaan anda kedalam kulit tart lagi banyak lagi sedap menggunakan piping bag.saya guna sudu senang piping bag simpan buat pekasam
* Kemudian masukan cream cheese separas kulit tart jangan sampai melimpah yea.
* Bakar selama 5minit pada suhu 170c, sentuh dengan hujung pada cream cheese jikalau tidak melekat tue tanda sudah masak.
PETUA
* Kulit tart boleh sediakan awal dan disimpan didalam tupperware kedap udara ianya akan tahan lama lagipun amik masa yang lama juga nak membuatnya.
* Dua kali ganda bahan diatas baru cukup dengan cheesenya anggaran dalam 70-80 biji akan dapat.
* Filling atau inti dalamnya boleh dibeli di kedai bakeri dengan harga yang murah.
* Untuk hiasan lorekan menggunakan pengungkil gigi bersama pewarna dan lorekan sahaja atau korek filling sampai naik keatas permukaan cheese. Plain sahaja pun okey juge yang penting rasanya meletopsss
P/S : Percubaan kali pertama menjadi tapi kulit tart agak rapuh mungkin xlama bakar kali kedua perfect...huhu Mr Najib komen sedap!!
wow sedapnya
BalasPadamjom cuba
uhhhhh nampak amat sodappp..misti mau cube ::)
BalasPadamjom join giveaway nih! =)
BalasPadamhttp://byustoyou.blogspot.com/2011/12/from-us-with-love-1st-giveawayyay.html