Jumaat, 15 Mac 2019

Peralihan tadika ke sekolah rendah

Alhamdulillah peperiksaan akhir tadika mereka cemerlang dan semua A.
Hazim dapat hadiah dari principal SR dan neni mereka bagi duit.
Progress english kelas mereka untuk tadika SR naik 3 level buku reading. 

Bab pendidikan islam agak lemah masih alif baa taa sepanjang tahun, ini kelemaha SR kami yang aku nampaklah. 
Subjek fardu ain gabung semua kelas sekali itu yang lambat sikit. 

Masuk sekolah rendah solat maghrib, mengaji dan ada homework terus buat dengan ustazah kelas mereka. setel sekali jalan terus.

Sepanjang 3bulan bersekolah Haziq aktif sukan Naib Johan merentas desa & acara balapan 4 x 70m wakil sekolah tahap 1. 

Latihan dalam kelas mereka selalu tidak sempat salin.
Aku kena minta dengan parents dalam group wasap kelas. 
oh mereka kelas berlainan tidak mahu bersama.

Itu belum setiap hari ada sahaja peralatan menulis hilang, paling ketara pemadam! nasib baik beli stok banyak dekat kedai eco takde terasa sangat.

Sudah boleh hafal surah tertentu, kadang tanya ' Eh mama tak tau ke surah nie?'
ko rasa setepek kena! 
 Sport check!
 Seluar sekolah memasing kena alter besau sangat


Nukilan kenangan buat kalian anakku!
Selamat menempuh alam persekolah, semoga kalian menjadi anak yang akan sentiasa mendoakan mama dan ayah nanti bila kami telah tiada nanti.
Asbab kalian ke sekolah agama menjadikan mama dan ayah sentiasa ke arah mencari keredhaan Allah. 

Jumaat, 8 Mac 2019

PCOS rawatan kembali.

Kali terakhir jumpa doktor bulan oktober 2017 masa aktif program jom kurus. 
Bila badan sudah mula berada di phasa perubahan yang baik, aku perasan period akan jadi teratur dan on time kalau lewat pun 1-2hari gitu jeala.

Tahun ini aku mula jumpa doktor sebab period 50hari gitu,ini adalah sesuatu yang tidak normal. 

30hb jan'19 appointment dengan doktor zamri, Avisena terus doktor scan perut dan bagi ubat clomid high dose (5hari).

Selepas habis clomid jika tidak berhenti mungkin ada sesuatu. kemungkinan perlukan operation (Hysteroscopy Polypactomy) untuk ambil sample. 

Kaji kenapa aku ada masalah period yang tidak teratur atau mungkin disebabkan benda lain. Perghhh nebes sampai tak boleh tidur, kos dalam 6ribu sample je weh!

Macam biasa kena diet, dapat ubat kurus Inositol (RM100) dan bil almost rm300, pesanan doktor terus balik insaf daftar JOM KURUS team coach duan yang selalu aku join DietFit. 

12hb feb'19 - follow up ke-2,doktor scan melalui vagina, Alhamdulillah semua ok cuma macam biasa telur tak matang dan banyak. dinding rahim agak tebal sikit. 

Doktor beritahu tanda pcos yang aku sendiri tak perasan leher hitam dan ditengah jari pun sama. kulit agak kering dan jerawat agak payah hilang. Setel bil rm150++.

27hb feb'19 - Follow up ke-3 doktor tanya serba sedikit, doktor minta ambil darah untuk check insulin level. 

Perghh nebes aku macam confirm kantoi. kalau tinggi macam kena ambil ubat kencing manis. 

Mula puasa dari 12tengah malam sehingga esok paginya dalam 6jam. Tapi hingga ke hari ini aku asyik lupa termakan sarapan pagi. haha 

kos RM10 paling murah dalam sejarah aku follow dengan Dr Zamri. Btw doktor ada cakap boleh ready untuk pregnant nie! oh baby girl laki den plssss

Isnin, 27 November 2017

Cara Menyimpan Minyak Masak Terpakai

Minyak masak normal boleh guna berapa kali? Kebiasaan saya guna tidak lebih dari 2 3 kali itu tengok pada kita masak apa.

Jika menggunakan minyak masak terpakai berulang kali boleh menyebabkan kanser mengikut kajianlah. Pemilihan minyak masak juga penting dikhuatiri terbeli minyak terpakai yang diproses semula. 
Tips elak sinki dapur tersumbat :

  • Tin makanan yang telah dibuka menggunakan jangan dibuang.
  • Gunakan kembali tin makanan tersebut untuk menyimpan lebihan minyak masak yang telah digunakan.
  • Tutup dengan rapat dan ikat dengan plastik.
  • Tiada lelehan dalam tong sampah jika tidak di ikat.
AWAS!
  • Jangan buang lebihan minyak masak tidak digunakan ke dalam sinki tau, kang tersebut susah kena panggil plumber melayang duit . hihi
Pembuka tin tupperware tidak tajam, mudah digunakan malah yang best penutupnya boleh tutup tin makanan kembali.

Dapatkan keperluan dapur dengan produk Tupperware.
Trusted Seller.
FB : Tupperware FAZ
IG : Omaktwin
HP : 013-2078362

Isnin, 20 November 2017

Gerai Gelas Besar, Seksyen 24, Shah Alam

Anda suka makanan barat tetapi bajet sederhana,sedap dan puashati, anda mungkin boleh cuba Gerai Gelas Besar, seksyen 24, Shah Alam ini. Kawasan agak mudah dicari jika guna wazes (hihi) pasti jumpa, berdekatan surau hijau ataupun cendol doyan viral.

Kawasan parking agak mudah juga, keadaan persekitaran agak luas ada 3 khemah besar dan mempunyai 30meja untuk sekali masuk. Kawasan terang dengan lampu dan terlindung hujan.

Makanan mereka terdiri dari nasi goreng yang tidak pedas sesuai untuk semua peringkat umur jika mahu pedas boleh minta cili flakes. Portion makanan agak banyak jika dibandingkan dengan harga memang berbaloi. Nasi goreng chicken chop, lamb chop, beef, meatbal dan fish & chip.

Spageti bolognese rm5.00 sos tomato sesedap tekaklah,tapi jikalau mahu lagi creamy sila cuba spageti carbonara serius sedap pekat terasa, serius pernah jumpa customer tidak makan spageti tapi makan kuah carbonara sahaja adusss meleleh bak hang.

Koleksi minuman mereka gelas besar, jangan tanya besar mana boleh tahan besar tetapi harga bajet rm2.00 sudahlah fresh fruits bukan kordial tau! semua blend fresh. Paling meletop jagung float / jambu float dan pisang float tapi yang ini harga rm3.00 sedap potong kakilah.


Side dish wedges sos cheese meleleh serta creamy mushroom fresh bukan macam di fast food restorant tau.
Dalam dulang besar itu menu paling mahal mix grill ada ayam, kambing, daging lembu, hotdog, meatball, mash potato, fries, beans serta coslow. makan ini tak perlu makan nasi sudah.
Killer makanan mereka adalah Nasi Goreng Chicken Chop harganya RM5.00. Cukup lengkap ayam, keropok, kentang, salad, timun serta sayur campur. Setiap hari 30kg sahaja mereka masak nasi goreng ini jadi tetiba korang datang habis jangan marah tuan kedai plak yea.

ALAMAT :

GERAI GELAS BESAR
24/8, Jalan Petola, Seksyen 24,
Shah Alam, Selangor
 : 018 - 394 0755

Waktu / Hari: 
Selasa - Ahad
5petang - 1.30pagi
TUTUP setiap ISNIN



Selasa, 17 Mei 2016

Katalog Tupperware Mei 2016 (13hb Mei - 30Jun)

Sempena kedatangan ramadhan kali ini katalog sangat menarik. 
Awas bagi peminat purple jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set limited edition dan harga sangat murah.

Saya adalah director tupperware yang menjual secara online dan offline.Setiap bulan 25-31hb akan buka booth tupperware di Ampang Point.


































Tupperware Consultant Anda 
Hubungi : 013-207 8362
Instagram : Omaktwin
FB : https://www.facebook.com/TupperwareOhTupperware/

Berdekatan Kami :
* Subang Bestari
* Kota Damansara
* Ara Damansara
* Wangsa Maju
* Ampang Point


Jumaat, 8 Januari 2016

Katalog Tupperware Januari 2016






Berminat :
Whatsapp : 013-2078362
Instagram : OmakTwin
Facebook : https://www.facebook.com/TupperwareOhTupperware/
COD : Subang Bestari, Kota Damansara, Sg Buloh, 
         Shah alam, seksyen 17/24 dan Wangsa Maju.