Anda suka makanan barat tetapi bajet sederhana,sedap dan puashati, anda mungkin boleh cuba Gerai Gelas Besar, seksyen 24, Shah Alam ini. Kawasan agak mudah dicari jika guna wazes (hihi) pasti jumpa, berdekatan surau hijau ataupun cendol doyan viral.
Kawasan parking agak mudah juga, keadaan persekitaran agak luas ada 3 khemah besar dan mempunyai 30meja untuk sekali masuk. Kawasan terang dengan lampu dan terlindung hujan.
Makanan mereka terdiri dari nasi goreng yang tidak pedas sesuai untuk semua peringkat umur jika mahu pedas boleh minta cili flakes. Portion makanan agak banyak jika dibandingkan dengan harga memang berbaloi. Nasi goreng chicken chop, lamb chop, beef, meatbal dan fish & chip.
Spageti bolognese rm5.00 sos tomato sesedap tekaklah,tapi jikalau mahu lagi creamy sila cuba spageti carbonara serius sedap pekat terasa, serius pernah jumpa customer tidak makan spageti tapi makan kuah carbonara sahaja adusss meleleh bak hang.
Koleksi minuman mereka gelas besar, jangan tanya besar mana boleh tahan besar tetapi harga bajet rm2.00 sudahlah fresh fruits bukan kordial tau! semua blend fresh. Paling meletop jagung float / jambu float dan pisang float tapi yang ini harga rm3.00 sedap potong kakilah.
Side dish wedges sos cheese meleleh serta creamy mushroom fresh bukan macam di fast food restorant tau.
Dalam dulang besar itu menu paling mahal mix grill ada ayam, kambing, daging lembu, hotdog, meatball, mash potato, fries, beans serta coslow. makan ini tak perlu makan nasi sudah.
Killer makanan mereka adalah Nasi Goreng Chicken Chop harganya RM5.00. Cukup lengkap ayam, keropok, kentang, salad, timun serta sayur campur. Setiap hari 30kg sahaja mereka masak nasi goreng ini jadi tetiba korang datang habis jangan marah tuan kedai plak yea.
ALAMAT :
GERAI GELAS BESAR
24/8, Jalan Petola, Seksyen 24,
Shah Alam, Selangor
: 018 - 394 0755
Waktu / Hari:
Selasa - Ahad
5petang - 1.30pagi
TUTUP setiap ISNIN