Alasan ApakTwin mahukan beg ikea buat angkut barang dan kebetulan saya punya berikan pada makcik.
Tragis sangat alasan ko nyah!
Dapat info terus whatsapp keluarga kot ada yang mahu kirim boleh kukuhkan alasan banyak barang mahu dibeli.
Tapi AT mesti sudah masak dengan trick bini dia ini tapi layankan juga.
Sesampai parking full dan ramai sangat orang macam biasa ikea sales beratur panjang nasib kaunter pembayaran banyak dibuka.
Anak mula buat perangai sibuk mahu icecream AT tarik kuar belikan icecream karipap.
Siap makan AT mahu basuhkan tangan adik haziq tetiba abang hazim berlari masuk kedalam kaunter rasanya mencari saya.
Panik sekejap ayahnya mahu mencari abang si adik pula berlari entah ke kemana.
tetiba dengar tangisan si abang kena jentik telinga dengan AT.
Kalut saya dapatkan abang pujuk dia, dirangkulnya erat leher tanda merajuk dengan ayahnya.
Menangis sambil tertidolah sampai ke rumah merajuk tidak sudah lagi.
Kadang bila terjadi sebegini mood terus out tidak dibawa berjalan mereka bosan asyik mahu berjalan bila berjalan begini pula.
Bertabahlah...
Papepun sales menarik kali ini hot item cepat habis.
Bantal pink hot item habis stok di rak cari dalam troli berjaya dapatkan 9/12 helai. Bin itu banyak stok lagi
Quilt cover macam tidak nampak dan frame melepas
Ribba frame habis tinggal ada 2 warna coklat gelap dan terang hanya dapt 4biji
Payung murah tidak jumpa cari kelam kibut
Frame putih sama harga masa bulan puasa lepas
On sales rm19.90 balik rumah asyik teringat ishhhh
Gebu yang design ini tapi bila scan harga normal minggu kena pi balik semak harga minta refund duit.
AP mahu cepat terus balik kaunter ramai orang malas mahu tunggu.
Besar juga size alas kaki ini buat letak didapur sesuai sangat
Ini memang murah ada pelbagai warna pink,grey, biru dan hijau tidak silap
Bagi mahu pergi sila sediakan tunai secukupnya dan datang awal sebelum ikea dibuka jam 9pagi..
Minggu depan kita terjah lagi kali bukan dengan anak..haahaa tidak fokus mak!