Rabu, 3 Oktober 2012

Doa selamat & tahlil

Alhamdulillah selesai sudah kenduri doa selamat dan tahlil untuk saya dan adik pada sabtu lepas last minit punya plan.

Kenduri kecil-kecilan hanya pelajar tahfiz tempat adik saya belajar, sandara mara serta rakan umi dan ayah.

Lepas solat maghrib terus buat solat hajat dan bacaan yasin lepas isyak acara makan malam.

Menu umi saya sediakan memang sempoi tapi menjadi sebutan ramai antara menu nasi putih, gulai lemak udang, ikan tenggiri masak merah, ulam, sambal belacan, buah-buahan dan minuman sejuk panas.

Rata-rata malam tue semua makan bertambah 2 pinggan termasuk saya juga agaknya makan reramai rasa seronok.
Tetamu kecil makan sibuk nak air oren pedas agaknya ikan masak merah umi saya, xbagi tapi mau layankan
Rakan umi saya teringin nak makan dalam talam but me xjoin xlarat nak tunduk lagipun pelajar tahfiz biasa makan dalam nie
Habis licin memasing xsedar setalam boleh habis makan sambil borak memang xperasan pun!



P/S : Debaran kian terasa, gambar pakai hp jea xingat mana letak kamera..