Jumaat, 5 Oktober 2012

3rd trimester @34week

Sekejap jea rasanya saya dah masuk trimester 3 aka bulan debaran bagi semua ibu mengandungkan.

Minggu nie saya masuk 34minggu lagi 3 minggu baby twin dah cukup matang insyallah kalau boleh lepas tue bolehlah baby twin nak keluar tengok papa dan mama yea.

Minggu depan checkup kt hospital jumpa Dr untuk booking date operation memain Dr nie cakap macam booking hotel ajo. Grrr terus seram sejuk!

Progress baby twin setakat nie :
* kedudukan baby masih 69 kepala sorang baby twin xmau turun kebawah
* aktif menendang di bahagian bawah kekadang boleh terkejuz dibuatnya
* suka mengeras salah satunya tanda tangki dah penuh kena pi tandas
* suka buat ombak bila saya habis makan terutamanya
* selalu rasa kebas dibahagian bawah breast menurut dr ianya biasa sebab baby dh membesar

Progress mama :
* masih makan ubat darah tinggi (Labetalol) sehari 3kali, 2x sehari kena amik Bp dan naik turun bacaanya
* setakat nie ukuran perut 37cm dan memula rasa menurun sedikit perut saya.
* kehitaman di bahagian ketiak, bawah breast dan breast makin ketara dah xtahu macam mane nak buat.
* mula rasa nak muntah2 tapi selera makan bertambah roti canai 2 keping terus sekali order.huhu
* selalu rasa pening kepala dan Bp confirm2 naik
* kuat tidur sebab selalu tidur terganggu di tengah malam

Ermm rasanya itu jea kot yg saya rasa buat masa nie harap segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt dan keperluan baby rasa macam dah cukup tinggal cadar baby belum siap jahit dan barang besar jea xbeli lagi.
Harap minggu depan scan baby twin akan turunkan kepala kebawah xmau 69 lagi.


P/S : Mood berdebar jea sekarang nie nak pi kerja memang malas kelaut.