Sabtu, 15 September 2012

1st checkup di Hospital Sg Buloh

Sejak xpergi checkup dekat DEMC terus set temujanji dengan hospital sg buloh lagipun kalau kembar memang kena pi KK dan hospital besar. 

Temujanji dah dapat tarikh jadi sila datang awal yea sebab dorang xkan ikut masa yang ditetapkan macam biasa siapa cepat dia masuk dulu.

Klinik pakar O&G berada di tingkat bawah berhadapan depan cafe.
Sampai pintu masuk jumpa kaunter pendaftaran dibuka mulai 7.30pagi sila amik no sebelum masuk ke klinik O&G masa menunggu di sini boleh tahan juga lama dalam 15-20minit jugalah..

No dah dipanggil sila serahkan kad temujanji yg berwarna biru dan untuk pertama kali bayaran tidak akan dikenakan untuk seterusnya rm5 akan dikenakan.

Siap disini terus masuk klinik O&G kebiasaanya pukul 8pagi klinik dah mula beroperasi mengikut pengalaman no giliran mula dipanggil dalam 8.20pagi.
Sila serahkan buku pink,kad temujanji dkt nurse di kaunter dan no giliran akan diberikan berserta bekas untuk ujian air kencing.

Tunggu nurse panggil untuk check Bp dan timbang berat badan siap semua nie sila tunggu no giliran untuk berjumpa Dr tapi jangan risau bilik rawatan banyak jadi cepat sket.

Kebiasaanya lepas tue kami pergi makan di kafeteria terdekat lagipun no giliran jauh lagi...
Terus ke bahagian farmasi untuk ambil ubat bagi pertama kali datang kalau kali kedua xpayah ambil ubat sebab stok ada lagi.

Ermmm saya dapat ubat obimin, kalsium dan vitamin c untuk sebulan..

Setiap 3minggu sekali saya akan datang ke hospital tapi KK setiap 2 minggu sekali.



P/s : Sila datang sebelum pukul 8pagi insyallah selesai jumpa Dr lebih kurang 10.30pagi jikalau datang lambat lagi lambat anda pulang.Mood xsuka menunggu

1 ulasan:

  1. dah update address n contact no for 3d4d scan. waktu pejabat saje taau..

    BalasPadam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!