Ahad, 1 Januari 2012

Malam tahun baru penuh SESAK!!!

Salam Tahun Baru buat semua cepat sungguh masa berlalu, usiaku telah berganjak satu angka oh tidak!

Ambang tahun baru saya ke klang mengikut Mr Najib atas urusan kerja malas nak duduk rumah sorang.

Dalam perjalanan ke klang memang penuh sesak nak masuk shah alam ada 2 event besarsempena tahun baru di ICT dan ceramah Ustaz Azhar Idrus.lawak betol ustaz nie

Nasib Mr Najib anak jati shah alam jadi kami ikut jalan dalam memang jalan clear habis kalau tidak entah pukul berapa nak sampai klang.

Tepat jam 12 tghmalam pesta bunga api bermula di sekitar klang pelbagai corak cantik-cantik belaka tapi sayang lupa nak bawa kamera nak guna hp xcantik.

Apa yang saya lihat ramai family bawa anak-anak berjalan untuk tengok bunga api tapi yang geramnya sesuka hati ajo nak parking kereta di tepi jalan. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah terdapat kemalangan teruk di antara 2 buah kereta remuk hilang kawalan dan salah satunya terbalik langgar pagar siap polis, ambulans dan bomba pun ada..

Andaian kami terhadap kemalangan nie mungkin pemandu mengantuk, terlalu laju atau pun mabuk setelah menyambut tahun baru.

Fobia sunguh tengok kemalangan teruk tiba-tiba jadi insaf xmau bawa kereta laju bila dah lambat nak pergi kerja...huhu

Azam tahun baru saya sebenarnya banyak tapi takut tidak tercapai ajo..huhu
  • Azam popular nak turunkan berat badan sambungan dari tahun lepas punya boleh plak!huhu
  • Tingkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan tahun lepas.
  • Nak kemas workstation biar tersusun tapi tetap sama juga walaupun berkali kemas bak kate officemate nak buat macam mana almari xcukup kena tunggu pindah office.
  • Mahu baby moga akan tercapai hajat kami kalau x pasti berbunyi punyooo.insyallah
  • Semoga disembuhkan  penyakit kena rajin makan ubat.


P/S : Moga tahun baru ini memberi semngat baru untuk terus maju yang lepas dijadikan penguat semangat.