Jumaat, 4 November 2011

Sesak atas bukit broga ape kes!

Aktiviti xdijangka plan saat akhir menjadi bersama junior baru dekat office biasalah orang sibuk pasal broga saya pun turut kecoh nak pi juge.

Kami keluar dari rumah dalam 4.40pagi rasanye sampai sana dalam pukul 6.15pagi agak jauh perjalananya yg pasti saya memang xhafal jalan just i follow..

Tapi siapa sangka dalam kelapa sawit ada kereta banyak macam orang nak pi funfair siap kena bayar rm2 macam hampeh!

Landmarks bukit broga nie terletak berdekat dengan University of Nottingham Malaysia Campus, Semenyih.

Pendakian bermula dengan keadaan bukit broga yang agak curam,ruang pendakian agak terhad jadi nak rehat hilangkan mengah xleh lama-lama kesian org belakang, keadaan jalan kadang2 terpaksa berhenti utk bagi laluan pendaki turun..

Kami pergi hari sabtu kebetulan ramai group dari kolej segi, jkr, budak2 sekolah pendek kata memang ramai orang..

Siapa sangka setahun membina badan dengan jayanye kami mampu panjat bukit broga nie walaupun banyak kali berhenti rehat sebab pancit...huhu

~ Fuh! ~

~ Insyallah mahu mendaki lagi ~

1 ulasan:

  1. selamat menyambut hari raya aidiladha
    semoga perjalanan anda selamat

    BalasPadam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!