Saya memilih DEMC kerana harga lebih murah sedikit dari Sime Darby Medical Centre tue maklumat diperoleh rakan sekerja yang membuat rawatan di sana.
Kos untuk rawatan di DEMC mula-mula takut juga mahal kami sediakan duit dalam RM1500 juga lor plus kad kredit masing-masing, memang boleh claim insurans company tapi akhir bulan baru dapat duit balik nasib baik company cover kalau tidak ermmm..huhu
Jom tengok secara detail jikalau korang nak pi jupa specilist di DEMC :
- Specialist consultation Dr Fairuz - RM 80.00
- Ultrasound aka scan perut - RM 50.00
- Ubat Provera 10mg - RM 113.40
- Ubat Glucophage - RM 15.00
- Ubat Prove 10mg - RM 75.60
- Admin fees - RM 3.00
- TOTAL - RM 337.00
Mula makan ubat provera sebiji 3x sehari dan ubat glucophage sebiji sekali sehari.
Ubat provera untuk stop period saya sampai hari ke-14..
5hari kemudianya stop tengok samada period masih datang lagi atau tidak sepatutnya ianya akan berhenti jikalau period lagi kena jupa Dr kembali untuk makan ubat lagi tinggi dosnya.
Selepas hari ke-20 kembali makan ubat provera dan glucophage sampai hari ke-25.
Jumpa Dr Fairuz balik pada 15hb December harap ada perubahan dan xde papepun yang serius.
Jikalau nak pregnant kena jumpa Dr Zamri sebab dia pakar dalam kesuburan..ermmm
~ Jadual untuk monitar period dan pengambilan ubat ~
~ 3 jenis ubat yang diberi ~
P/S : Baru 2hari makan ubat alhamdulillah period sudah berkurangan tiada lagi ketulan...