Minggu nie terasa bosan sangat kerana sakit tekak package selsema,demam dan batuk sekali tue yang xkemana duduk rumah ajer..Dalam xsihat pun sempat lagi memcuba resipi Kuih Lapis warna-warni tetapi saya buat kurang manis skit tapi dah masak rasa tawar sangat lor plak tapi habis juge...h3h3
~ Resipi asal dari buku 1 hari 1 resipi ~
Bahan - bahan :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepungn beras
- 2 sudu tepung jagung
- 3/4 cawan gula ( 1/3 sy letak 2 yg tawar aje konon nak kurang manis)
- 4 cawan santan (1 biji kelapa)
- 1 sudu teh garam
- sedikit pewarna (ikut suke yea)
Cara-cara membuat :
- Gaulkan semua bahan @ blender dan tapiskan.
- Bahagikan aduan kepada 3 bahagian.
- Masukan pewarna biru, merah dan putih (warna asal).
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang mahu digunakan.
- Masukan 1 senduk adunan warna biru dan kukusan selama 5 minit.
- Lapiskan 1 senduk warna putih (warna asal) dan kukuh selama 5 minit.
- Lapiskan 1 senduk warna merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapisankan ketiga-tiga warna secara selang seli sehingga adunan habis.
- Kemudian sejukkan dan potong.
- Sedia untuk dihidang bersama teh panas sebagai minum petang..
P/S : selamat mencuba yea ;) ;)