Hazim dapat hadiah dari principal SR dan neni mereka bagi duit.
Progress english kelas mereka untuk tadika SR naik 3 level buku reading.
Bab pendidikan islam agak lemah masih alif baa taa sepanjang tahun, ini kelemaha SR kami yang aku nampaklah.
Subjek fardu ain gabung semua kelas sekali itu yang lambat sikit.
Masuk sekolah rendah solat maghrib, mengaji dan ada homework terus buat dengan ustazah kelas mereka. setel sekali jalan terus.
Sepanjang 3bulan bersekolah Haziq aktif sukan Naib Johan merentas desa & acara balapan 4 x 70m wakil sekolah tahap 1.
Latihan dalam kelas mereka selalu tidak sempat salin.
Aku kena minta dengan parents dalam group wasap kelas.
oh mereka kelas berlainan tidak mahu bersama.
Itu belum setiap hari ada sahaja peralatan menulis hilang, paling ketara pemadam! nasib baik beli stok banyak dekat kedai eco takde terasa sangat.
Sudah boleh hafal surah tertentu, kadang tanya ' Eh mama tak tau ke surah nie?'
ko rasa setepek kena!
Sport check!
Seluar sekolah memasing kena alter besau sangat
Nukilan kenangan buat kalian anakku!
Selamat menempuh alam persekolah, semoga kalian menjadi anak yang akan sentiasa mendoakan mama dan ayah nanti bila kami telah tiada nanti.
Asbab kalian ke sekolah agama menjadikan mama dan ayah sentiasa ke arah mencari keredhaan Allah.