Biasa terjadi bila kami keluar bawa stroller kembar
Orang mula pandang macam artis ko..haha perasan betul!
Ada yg cakap cute ada yg cakap tak cute alahaiii
Tak harap pun pujian orang cukup kami puji anak sendiri
Saya paling kureng orang sibuk nak cuit-cuit
Okey berbalik pada soalan yg selalu ditanya
Susah ke nak jaga anak kembar nie?
ermm susah masa mereka kecil dgn nak menyusu, kuat menangis, tak cukup rehat tapi dah besar lain pulak bila kite cakap no no no dia pun no no ajuk kita balik pengsan!!! rasanya sama kot cuma 2x ganda dari anak sorang.
Menyusukan anak kembar?
Dalam pantang memang saya menyusukan sorang-sorang yuppp itu pun sekejap cukup buat mereka tak menangis.sorang guna botol sorang direct serius xreti tandem memula dulu.Nursing pillow memang berguna buat ibu yg beranak kembar nie tapi dah lama guna bantal biasa pun boleh dah lama lagi freestyle.
Cukup ke susu badan menyusukan anak kembar?
Alhamdulillah setakat umur mereka setahun tapi sekarang saya dah campur itu pun sehari 2 3 minum fm.huhu tapi ramai yg berjaya sampai 2tahun.
Menangis seretak ke?
Jarang berlaku biasa lagi sorang ngada lebih nak perhatian juga..boleh!
Saya rujuk group fb 'DiAnugerahkankembar' sebarang masalah berkaitan si kembar.
apa lagi ek itu jea kot nama tau ibu kembar lain boleh tambah..
Masa mereka baik siap cium, gurau senda bagai terkekek
dah lama main mula kekejaman berlaku asyik 'DRACULA'
gigit mengigit memang penuh lebam badan memasing
Tapi saya perasan mereka nie ganas lain macam berbanding sebaya mereka mungkin mereka dua kot
Serius budak lain naik takut nak join tak tau nak buat cmne lagi
lor ada ke yg ckp x cute.
BalasPadamsemua bby cute okey..
bestnya ada anak kembar..beranak sekali dapat 2.. tp kalau sy x tau lah mcm na nak jg..sorng pun x terjaga..ha