Jumaat, 7 Mac 2014

Resipi kek minyak kukus senang punya

Dalam seminggu pasti ada sekali dua saya akan buat dessert
Biasa yg senang punya, lgpun buat masa si kembar tidur petang
Yg menjadi sedap memang licin kalau tidak sendiri makan
Macam cantik jea macam best jea

Bahan-bahan:
* 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
* 1 cawan susu segar (susu cair jea sy guna)
* 3/4 cawan susu pekat manis
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan minyak masak
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara: 
Masukan semua bahan dalam blender dan sementara tu panaskan air kukusan.

Bahagikan untuk beberapa bekas untuk letak pewarna.
tapi saya guna nescafe dan pewarna biru je.

kukus selama 45minit dan cucuk dulu kalau xmelekat makna dh masak.


P/S : kalau guna periuk nasi untuk mengukus baik buat setengah takut bila kek naik tinggi jadi mendap plak..huhu