Isnin, 3 Mac 2014

MRI hazim ekoran kejadian Sawan

Berdebar juga bila doktor suruh buat MRI

Kenapa perlu hazim MRI?
Untuk memeriksa jikalau ada kecederaan dikepala berkemungkinan terjadinya sawan.

Procedure MRI
Anak kena puasa 4jam sebelum memang mengamuk hazim,terpaksa ajak dia mainan agar tak fikir nak minum susu.

Nurse bagi minum ubat tidur sebab rawatan ambil masa dalam 30minit.

Lepas 10-15minit dia pengsan itu pun lambat minum ubat banyak buang dari telan dah mengamuk mana layan ubat.

Tidur atas katil sekejap baru angkat nak masuk bilik rawatan dia terjaga.
Kali nie lagi kuat dia mengamuk terpaksa bagi ubat tidur lagi dos tinggi sikit.

Saya masuk sekali dalam bilik rawatan hp dan barang kemas kena buka.
Kena pakai earphone siap ada lagu lagi tapi bunyi mesin kuat kot.
Hazim siap sumbat macam span untuk tutup telinga dari bunyi bising.

Habis rawatan doktor kanak-kanak datang pantau bila dia dah buka mata baru boleh minum susu. 

Jikalau anak demam atau muntah kena terus ke hospital yea.

Alhamdulillah keputusan tiada masalah semua normal cuma sekarang tunggu keputusan EEG adoi lambat betul

2 ulasan:

  1. kesian pulak bg ubat bnyk..
    harap dia okey lah..
    x sanggup lah tgok bdk kecil sakit2 ni

    BalasPadam
  2. alamak kesian nye baby... semoga tiada apa2 yg serius... Lama dah folow blog ni as silent reader, cuma ni baru pertama kali komen...

    BalasPadam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!