Tergoda punya pasal kawan fb post naik meleleh tengok ko
Resipi boleh tahan senang juga
Anggaran lebih kurang 50biji juga saya dapat tapi 3biji jea simpan untuk sarapan hazim hazim esok
Yang lain selamat bagi jiran dan masuk perut
Opss jgn pelik kuih sari ayu warna kuning kes tadi terlupa beli pewarna hijau pi beli perasa pandan ajo layannn janji sedoppp
* 2 biji telur
* 1 cawan gula
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan santan
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil perasa pandan @ air daun pandan pun boleh lagi sedap
* 1 sudu kecil pewarna hijau
Cara-cara:
* Pukul telur hingga kembang kemudian masukan gula bersama ovallete
* Kemudian masukan tepung / santan / pewarna/perasa pandan
Inti kepala:
* 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
* Sedikit garam
* Sedikit tepung gandung
Cara-cara:
* Gaul bersama kelapa / garam / tepung gandunm
Langkah-langkah untuk kukus:-
* Tekan inti kelapa sehingga padat agak-agak jea
* Masukan adunan kuih ke dalam acuan jangan penuh sangat nanti naik gebu
* Kukus dalam masa 10minit