Isnin, 31 Mac 2014

Cream puff with corn filling

Sekarang makin rajin pula saya buat minum petang 
Yeala si kembar lunch dlm pukul 12.30 pastue tidur bangun dekat kul 4 nak bagi makan malam macam awal sangat

Bukan apa takut mereka lapar jadi kena bagi mereka makan 
Asyik biskut,cococrunch,roti,pancakes jea makin lama sy tengok mereka main lebih

Bahan-bahan utk puff:
* 125gm tepung naik sendiri
* 100gm mentega
* 250ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

Bahan-bahan utk kastard:
# 1 cawan air
# 1/2 cawan susu cair
# 1 cawan jagung dlm tin
# 1/2 cawan tepung kastard
# 5 sudu gula

Cara-cara utk puff:
* Panaskan air,gula, mentega masukan semua didalam periuk mendidih
* Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan sampai tidak melekat dan sejukan
* Setelah sejuk masukan telur satu per satu
* Spray air di doh utk membantu doh naik
* Bakar selama 30mint dalam suhu 200c

Cara-cara utk kastard:
# Kacau kastard bersama air 
# Kemudian masukan dalam periuk susu cair, gula dan jagung.


Tips :
Bentukan guna sudu jea klu xde piping bag @ masukan dlm plastik potong sikit tapi sy malas jadi guna sudu sudah.

Doh klu nak cepat sejuk sila tukar bekas.

Jangan masukan telur ketika doh tengah panas klu tak jd scrambler egg.

Guna pan non stick lagi senang kerja.

1 ulasan:

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!