Sabtu, 28 Disember 2013

Ayam Masak Merah menggunakan Santan

Selamat berhujung minggu semua
Hari minggu nie bagi yg bekerja hari untuk memasak kan kan
Almaklum hari kerja mana sempat nak masak
Sampai rumah pun dah lambat itu alasan pemalas macam saya

Tapi sekarang hari-hari masak surirumah katakan
Korang takde idea nak masak apa hari 
Meh sini saya nak kongsi satu resipi dari umi 
Kira resipi keluarga kononnya

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (ikut kesesuaian)
1/2 biji santan / susu cair
1 labu bawang besar (*)
3 biji bawang putih (*)
Cili kering (*)
Cili merah (*)
1 biji buah tomato (saya nak kurangkan rasa pedas)
Madu (saje letak nak habiskan stok)
Kismis (saja letak nak habiskan stok)
Minyak masak
Garam 
Gula

(*) Bahan-bahan dikisar bersama

Cara-Cara :
* Goreng / bakar ayam terlebih dahulu yea.
* Panaskan minyak goreng rempah 4 sekawan sampai naik bau.
* Bahan yg dikisar goreng sampai kekuningan garing.
* Masukan santan dan tunggu sehingga agak pekat.
* Kemudian masukkan madu, kismis, garam dan gula.

Sila tambah dan kurangkan kalau korang rasa ada yg tak kena ek.

Almaklum saya bukan chef hanya berkongsi resipi.

Mr Najib puji sedap percubaan pertama kali kang esok suruh buat belum tentu rasa yg sama..kah kah

Papepun selmat mencuba tapi lagi sedap masak nasi tomato or nasi beriani ke..Perghhh

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Wan memang masak awl pun sambal masak sarapan mereka sekali lunch kami..si kembar ayahnye jaga

      Padam

Jangan Malu2 komen entry terbaru saya nie!!!!