Hari ketiga lebih mencabar nak ke Sarawak culture village terletak di Santubong perjalan menaiki public transport agak lama sebab banyak persinggahan yg pasti kami org terakhir sekali sampai. Seronok juga boleh lihat pantai dan kawasan disekitar kampung.
Oleh kerana kami bajet ciput naik van ajo xsewa kereta pun utk ke Santubong tambang RM10 sorang jikalau naik teksi rasanya dalam 1++ xsilap saya xpela kami memang xmampu.Okey tambang masuk Sarawak culture village RM60 sorang dan anda diberikan passport.
Rumah Bidayuh didalam rumah ada satu unggun api tujuanya untuk kuatkan struktur kayu didalam rumah dan tinggi okey tangganya. Gambar rumah lama kaum bidayuh tue seram seh petang2 dorang bakar tengkorak..huhu
Rumah Iban rendah sedikit cuma panjang dan diduduki oleh sanak saudara jadi banyak bilik lah.
Dekorasi disekitar kg budaya
Berehat sebentar kita tengok persembahan tarian beberapa kaum popular di sarawak yg ditampilkan lebih kurang sejam masanya yg diambil sangat menghiburkan paling menarik aksi sumpit nie. Dekorasi dewan yg menarik dan aircond pun sejuk sgt boleh keringkan peluh penat berjalan..huhu Pastikan anda sampai awl agar tidak terlepas sho yg menari ini !
Habis tengok persembahan sambung jalan lagi kali nie Rumah Penan paling sempoi dan kecil konsep open gitu belakang rumah nie ada air terjun melepak sekejap rs sejuk dan nyaman.
Rumah Melayu
Rumah Cina
Setiap rumah kita lawati harus dapatkan cop passport anda baru lengkap perjalanan anda!
Keluar dari sini kami naik van pelancong sewa rm10 sorang terus sampai hotel balik terus Zzzzz sebab penat sangat. Bangun terus dinner diseberang dekat foodcourt menu pelbagai dan rasa boleh tahan juga. Balik makan jalan-jalan shopping mall berdekatan dan sambung layan TV..huhu