Assalamualaikum...
Rindu sungguh untuk kembali berblog nie padahal hari-hari buka tapi mood menulis agak kurang gambar semua dah upload masuk draf memanjang hanya mampu blogwalking..i'm sorry bak kate amer!
Kembali sambung kisah honeymoon basi masa ke kuching awal bulan 3 lepas yea..haha
Hari pertama kami sampai terus ke hotel simpan beg dan memulakan berjalan-jalan disekitar waterfront pun dah macam-macam yang tempat menarik untuk dikunjungi.
Cantik bukan Dewan Undangan Negeri Sarawak di seberang
Di sepanjang laluan kami singgah di Muzium Sejarah Cina mengenai sejarah kaum cina di sarawak siap ada wayang gambar sekali. Bayaran masuk percuma dibuka pada dari 9pagi - 4.30petang.
Banyak juga sampan serta bot pelancongan akan bawa kita melihat sekitar waterfront melalui jalan air. Rasanya untuk naik Sarawak River Cruise nie RM20 bermula jam 6petang. Bangunan putih tue Astana merupakan kediaman gabenor sarawak tidak dibuka untuk orang umum.
Apa yang saya suka disepanjang Waterfront nie terdapat banyak arch yang menarik dan unik kat belakang tue adalah Tua Pek Kong Temple tertua di sarawak. Laluan disekitarnya bersih tapi pada malam hari terdapat gerai makan dibuka disini.
Gambar 1: Merupakan air pancutan disini bermula titak pemisah diantara sg kuching dan sg sarawak, lagi arch menarik yea.
Berehat seketika tapi Mr Najib dah hanyut akibat xcukup tido kesian sungguh!! saya duduk melepak sambil menunggu panggilan dari hotel jikalau boleh check in awal. Rezeki kami pukul 12.00 tghr dah boleh masuk hotel terus bersihkan diri terus Zzzzz.
Bangun tido perut lapar terus keluar naik sampan RM0.50 sorang untuk ke seberang. Jakun juga lah sebab xpernah naik sampan...huhu
Dinner kami dekat Barok menu pilihan kami ayam penyet dan nasi goreng boleh tahan la rasanya tapi harga agak mahal juga..
Lepas makan jalan-jalan masuk shopping mall cari stok makanan sambil bincang esok nak jalan mana...
P/S : Cerita mengenai hotel kami sila tengok SINI yea...