Mood bengang tahap dewa dah nie..Grrrr
Saya memang xsuke apabila waktu kerja berakhir, waktu cuti @ cuti sakit ada aje orang nak call tanya itu ini.tolonglah
Macamlah xboleh tunggu saya masuk, time kat office xde plak nak guna seboleh-bolehnya.
Macamlah saya balik on time rasanya kul 7-8mlm kekandang 9mlm kot saya balik..
Kalau sediakan hp boleh lor 24jam berkepit dengan hp memanjang..
Tolonglah saya ada family jadi janganlah ganggu masa saya yang agak terhad dengan waktu kerja suami yang berbeza waktu.
Saya memang kekurangan kasih sayang bak kata Mr Najib itu yang dia sendiri akui.
Cubalah paham saya balik kerja pukul 8-9malam sampai rumah lepak2 kekadangan masak kul 10.30mlm Mr Najib dah keluar mencari rezeki.
Keesokan paginya saya bangun nak pi kerja Mr Najib baru nak tido hanya hari ahad sahaja waktu bersama kami.
Kekandang memang rasa stress dengan kerja dalam bidang construction nie ingat nak tukar bidang tapi ada ke orang nak.
Masa saya keguguran konon nak kurangkan stress kerja saya tapi sama gak.
Bile kerja lebih kurang marah cakap kena improve tapi bile kite cerita masalah dan minta senior tolong ringankan kerja cadagan ditolak bile ada masalah mula salahkan kite.
Now saya xde makna nak cover sound balik ajo siapa nak dengar suggestion.
P/S : Ya Allah kau permudahkan urusan kami moga segala perancangan kami pada tahun ini akan terlaksana. Hopefully sebelum raya saya akan resign, kereta baru dan dapat baby, boleh ikut Mr Najib kemana sahaja...