Sabtu, 3 Disember 2011

Pulau Pinang rumah keduaku - Part 1

Yahooo!!!!

Akhirnya sampai juga saya di Pulau Pinang jakun sebab xpernah sampai.

Mulai dari bulan nie sampai 2013 saya akan berkampung di pulau pinang pada setiap hujung bulan atas urusan kerja.

Nampak macam seronok tapi sebenarnya tidak sebab Mr Najib terpaksa cuti temankan saya outstation dah nasib badan dapat projek area perak dan penang..ermmm

Nasib ada adik saya dan adik ipar belajar di uitm dan politeknik jadi boleh gps untuk jalan-jalan..

Kekadang seronok juga sambil bekerja dapat honeymoon free...huhu gelak jahat

Untuk sampai ke Pulau pinang senang aje dari rumah saya keluar :
  • Tol Kota Damansara amik exit menghala ke rawang.
  • Terus sahaja sampai last tol iaitu Tol JURU..
  • Masa perjalanan yang diambil adalah 3jam jikalau Mr Najib Drive jikalau saya drive 4jam.
  • Drive di waktu malam agak merbahaya sebab lori banyak jikalau hujan kena berhati-hati.

~ Berhenti sekejap untuk tukar giliran drive sebab saya dah xtahan mengantok, gerak 3.30pagi dr KL~