DIET dalam masa sebulan nie kena jaga betul sebab Dr Fairuz dah marah sebab tiada penurunan berat badan walaupun dengan bantuan ubat kurus..Oh tidak takut kena jumpa Dr Zamri
Ubat diet apa saya dapat kali nie meh sini rujuk entry lepas {SINI} dan mari sama kita tengok kesanya...huhu
Bermula sekarang saya akan :
- Senaman dengan ini sekurang-kurangnya setiap hari 15-30minit.Jangan cari alasan masa xcukup dan kesian alat senaman terabai
- Kurangkan NASI kalau boleh nak makan seminggu sekali...boleh nie setakat nie 3hr sudah lps
- Makan sebelum pukul 8malam jika tidak minum susu @ nestum ajo..
- Masak jangan asyik nak goreng lebihkan BAKAR dan KUKUS..kena cari resipi
- Penuhkan peti ais dengan BUAH-BUAHAN dan SAYUR.belum berkempatan beli lagi
- Kurangkan MANIS hanya segelas sehari..hanya sarapan dengan milo kosong ajo dan no meja bulat selepas kerja
- Lebihkan minum air suam aka air putih 3L sehari..selalu amalkan nie
- Say NO tue dessert dan pisang goreng setiap hari jumaat..rehatkan membakar dessert
Harap saya dapat kuatkan mental dan fizikal dalam memilih makanan yang sihat kalau dulu dengan Herbalife memang menjadi tapi sekarang nak secara natural menggunakan alat senaman, pemilihan makaanan dan ubat doktor..harap berjaya!!!
Resolution lain adalah :
~ Tukar minyak masak biasa kepada minyak jagung dan minyak zaitun walaupun harga 3x ganda (RM 16.95) dengan minyak biasa tapi demi LEMAK ku ini harus bertukar ~
~ Insyallah akan kekal dengan beras Herbaponi Taj Mahal (RM34.90) sejak kawin sampai bila-bila, memang xnampak berat turun sebab jenis lauk-pauk yang tidak sihat jadi jangan salahkan beras...huhuhu tue pun habis dalam masa 3bulan lebih jadi berbaloi ape ~
insyaallah
BalasPadamteruskan usaha :)