Jom lihat apakah punca penyakit biasa bagi kaum wanita yang puncanya tidak diketahui sebelum nie saya dah terangkan tanda kalau nak tau jom (KLIK) sini.
Punca-punca :
- Kemungkinan ganggu dalam hormon kesuburan iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu lelaki) – meningkat tinggi. Oh tidak!!
- Peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah..Ermm betul juge
- Pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin juga..Ermm kebakaan xde plak hanya adik saya mungkin juge..
- Stress atau tekanan fizikal dan mental terutama dekat office dengan kerja yang banyak ,masalah rumahtangga kadang-kadang poning juge nak2 masing2 malas, keluarga dan paling best sekali traffic jam setiap pagi juge boleh menyumbang kearah penyakit nie..Ermm stress yea juga la
Agak-agaknya kalau saya berhenti kerja mungkin stress berkurangan atau sama juga ek..huhu insyallah satu hari nanti
Ultrasound baru boleh tahu berapa besar ovari anda!
Doktor pakar akan menjalankan pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ dan detect ovari yang bengkak ianya boleh membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa.
Kedudukan ovari tidak akan seperti normal.
Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”.
Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Rawatan
Rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.
Ubat yang diberikan untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery.
Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Doktor Fairuz cakap buat laser untuk pecahkan cecair dalam ovari tue yang sebab bengkak..ermm dinding lemak tebal sangat..
P/S : Sumber dari blog Dr Hamid Arshat (LINK)