Bahan-bahan untuk membuat Mee Kungfu :
* mee kuning @ kuey teow
* sedikit sotong / udang / fish ball
* 3biji telur
* sedikit lobak merah / sawi / kobis bunga
* 2 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu minyak bijan (xde pun nie)
* 5 sudu kicap pekat @ kicap cair
* 15biji cili api (jika mahu pedas)
* 1 kuib pati ayam
* 6 cawan air
* 6 ulas bawang putih
* 3 sudu besar tepung jagung
* minyak zaitun @minyak masak biasa
* garam secukup rasa
Cara memasak Mee Kungfu :
Panaskan minyak zaitun bersama mee bersama kicap pekat goreng sehingga rata dan bertukar menjadi sedikit gelap dan hitam...
Cara memasak kuah Mee Kungfu :
Tumbuk cili api bersama bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga kekuningan sedikit..Kemudian masukan air bersama kuib pati ayam biar sehingga mendidih dan masukkan sotong,udang,fish ball biar seketika..Masukan lada sulah, minyak bijam serta garam..Setelah mendidih seketika masukan telur biar sehingga masak didalam api perlahan dan jangan dikacau...Akhir sekali masukan sayur dan juga tepung jagung untuk memekatkan kuah...Siap dan sedia untuk dimakan!!!!!
nmpk mcm senang je..nk cuba la..yuyu makan masa kat uitm dulu je.skrg dh bertahun x jmpa..
BalasPadambertahun!!! biar betul yuyu...so ape lg buat lor lgpun resipi senang ajer...h3h3
BalasPadam